
Bendera negeri Kelantan yang digunakan dari tahun 1912 hingga 1923.
Sumber worldstatesmen
Ada dua versi yang setakat ini saya jumpa tentang asal usul nama negeri Kelantan.
1. Daripada perkataan "gelam hutan"
2. Daripada perkataan "kerat lintang"
Gelam Hutan
Kelantan" dikatakan daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pad akhir abad ke-15.
Pada 1499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan.
sumber: wikipedia
Ini pendapat kedua
Bahawa nama " Kelantan " itu mula muncul sekitar akhir abad ke-18 daripada
perkataan " Kerat Lintang " atau " Negeri Yang Dikerat Lintang " .....
( atau dalam sebutan KeLaTté : ' Kerghak Laettae ' )
Mengambil petikan;
Perpindahan pusat pemerintahan ke Limbat menandakan bermulanya penubuhan
Kelantan yang berasal dari perkataan "Negeri yang Dikerat Lintang".
Baginda Long Gaffar menguasai secara mutlak kuasa pemerintahan Kelantan.
Sebagai membalas jasa, Long Yunus pula telah diberikan kuasa memerintah di
Kota Bharu. Peristiwa inilah yang menyebabkan munculnya nama "Negeri yang
Dikerat Lintang", iaitu negeri yang di kerat lintang di antara Baginda Long Gaffar
dan Long Yunus. Sempadan bagi kedua-dua kawasan pemerintahan ini ialah
Sungai Pasir Tumboh.
Sumber : Wikipedia - Perbandingan Raja Kelantan Long Gaffar dan Long Yunus
Mengambil petikan;
Peristiwa ini yang menyebabkan munculnya nama "Kelantan", yang dikatakan
berasal dari perkataan "Negeri yang Dikerat Lintang" antara Raja yang memerintah
iaitu baginda Long Gaffar yang berpusat di Kota Limbat dengan Long Yunus dan
sempadannya ialah Pasir Tumbuh.
Sumber : Wikipedia - Sejarah Kelantan - Kekaburan Sejarah Kelantan
Untuk renungan;
Dalam abad ke 5 masihi, sejarahwan China Shenyao (414-512) dalam
Sung Shunya sudah mencatat nama Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan sebagai
sebuah ibu kota di Semenanjung Tanah Melayu.
Sumber : Muzium Negeri Kelantan
Selain itu, nama " Kelantan " juga ada disebut dalam satu karya Melayu Klasik yang amat dikenali ramai iaitu ' Sulalatus Salatin ' ( bahasa Arab yang bermaksud : " Salasilah Sultan-Sultan " ) atau lebih dikenali umum sebagai ' Sejarah Melayu '.
' Sejarah Melayu ' merupakan sebuah kompilasi kisah-kisah kegemilangan raja-raja Melayu yang disempurnakan pengumpulannya dalam tahun 1612 oleh Tun Sri Lanang, hasil karangan raja-raja Melaka dan Johor serta beliau sendiri, iaitu lebih 100 tahun sebelum kelahiran Long Gaffar dan Long Yunus !!
Berikut merupakan petikan daripada manuskrip asal Sulalatus Salatin yang bukan sahaja terang-terangan malah berulang-ulang menyatakan nama " Kelantan " :
Mengambil petikan;
" ... orang menyembah padanya maka Tun Aria Bija DiRaja berpaling menyembah
mengadap ke Melaka katanya Daulat Sultan Mahmud Syah ( ? ) maka Sultan Mahmud
pun menitahkan Seri Maharaja menyerang KELANTAN pada ( ? ) negeri KELANTAN
itu terlalu besar daripada Patani, Sultan Mansur Syah nama rajanya anak saudara
sepupu pada Sultan Iskandar Syah, tiada baginda mahu menyembah ke Melaka
asalnya daripada anak cucu Raja Cholen maka Seri Maharaja pun pergilah dengan
beberapa puluh hulubalang setelah datang ke KELANTAN maka orang Melaka
pun naiklah ke darat maka dimelawannya oleh orang KELANTAN lalu berperang
beramuk amukan terlalu seberupa kilat cahaya senjata seperti kilat di langit sabung
menyabung gemuruh .... "
Sumber :
Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu / The Malay Annals ( 1612 )
- Manuskrip halaman 193 ~ 194
kredit untuk http://raykinzoku.fotopages.com
No comments:
Post a Comment