Thursday, 22 March 2012

Kota Jelasin


Kota Jelasin

Kota Jelasin merupakan sebuah bandar dan mukim di daerah Kota, Kota Bharu, Kelantan. Kota Jelasin terletak dalam Parlimen P 020 Kota Bharu. Mukim-mukim lain di daerah Kota ialah Pintu Geng, Kampung Sireh, Padang Enggang, Pasir Hor, dan Pasir Jelatang Terdapat sebanyak 131 mukim kesemuanya di jajahan Kota Bharu.

Sejarah

Kota ini dibina oleh Raja Abdullah, suami dan sepupu kepada Puteri Saadong iaitu puteri Raja Loyor di Jembal dan juga anak angkat Cik Siti Wan Kembang yang berasal dari Gunung Ayam, Hulu Kelantan, dan kemudiannya membina petempatan di Tanah Serendah Sekebun Bunga di Cherang Tegayong. Setelah Puteri Saadong berkahwin dengan Raja Abdullah, baginda berpisah daripada bonda angkatnya itu dan berpindah ke Kota Jelasin. Di situlah mereka tinggal sehingga terpaksa berpindah pula ke Kota Mahligai (di Kampung Mahligai, Melor sekarang) apabila mereka diganggu oleh tentera Maharaja Siam yang ingin memiliki Puteri Saadong yang cantik itu. Tapak Kota Jelasin itu terletak di Wakaf Che Yeh sekarang iaitu di tapak stesen RTM Kota Bharu (Radio Malaysia Kelantan). Kampong Kota berhampiran Wakaf Che Yeh sekarang yang mendapat namanya daripada Kota Jelasin.

No comments:

Post a Comment