Thursday, 12 April 2012

Bunga Bangkawali... masa dan kepercayaan


Mak saya cakap bunga ni da penunggu. Kalau nak tengok dia kembang tunggu pukul 12 malam. Saya pernah menunggu pokok ini berkembang... tepat pukul 12 saya dah padam..hehehe ! Mak cakap tak ada rezeki, orang terpilih je boleh melihatnya. Tapi sekarang dah berlambak. Adakah kerana masa dan kemodenan penunggunya dah lari.......!
bawah ni petikan dari beberapa org tentang bunga Bakawali...

Nama saintifik nya Epiphyllum Anguliger. Nama lain bagi Bunga Bakawali ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon Cactus dan Queen Of TheNight.

Baunya memangsemerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam, dalam pukul 10.00pm kembang. Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunganya akan layu bila sudah pagi. Sekali sahaja ia kembang, kemudian ia akan layu.

Menurut kepercayaan orang-orangCina bahawa Pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranyaberbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniagadan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akanmendapat musibah atau suwey.

Orang-orang Melayu percaya adaorang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganyahendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa darikayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.

Adajuga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yangrapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punyapokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.

Walauapa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata. Namun rezeki,malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Janganterlalu percaya kepada perkara yang karut kerana ia boleh merosakkan akidah. lebih baik manfaatkan saja khasiat yang ada pada pokok ini.


-pantang kaum cina, kalau pompuan datang bulan, tak leh dekat ngan bunga nih
- org melayu lak, percaya, kat kelopak bunga tu ada pari2.. (org bunian la tu), kalau nak mintak sesuatu, sebelum bunga tu berkembang, , maksudnya, beberapa jam sbelum kembang tu, petal yg kuncup tu di ikat dan di asapi ngan kemenyan.. dan 'org bertuah' akan terdengar bunyi tangisan, mintak tolong lepaskan.. ha time ni la klu nak mintak tunai hajat ngan pari2 ni..<-- kkalau benda ni benar pun, tak hinggin aku nak buat la.. benda syirik...
mcm2 la stori pasal bunga ni waktu tu, aku yg tak penah tengok pun, terpaku ...


Bakawali ni rasanya pahit, disebut juga melati, digunakan sebagai ubat malaria dan penyakit kuning, dalam bahasa 'Arab disebut Sibrun maksudnya pahit; pepatah 'Arab ada mengatakan bahawa kesabaran itu pahit spt bakawali, pahit rasanya tetapi akibat/kesudahannya lebih manis daripada madu.

Begitulah ciptaan Allah semuanya tak sia2


No comments:

Post a Comment