Kota
Mahligai
Kota Mahligai diasaskan
oleh Raja Sakti I pada 1603 dan terletak dalam daerah Pak Badol, Bachok. Puteri
Sa'dong yang merupakan cucu kepada Raja Sakti I pernah bersemayam disini. Raja
Sakti II melantik suami Puteri Sa'dong iaitu Raja Abdullah sebagai Raja Kota
Mahligai, apabila baginda memindahkan pusat pemerintahan Persekutuan Pattani
Besar ke Grisek, Pattani. Kerajaan Siam di Ayutthaya yang dengki dengan
kemakmuran Mahligai pernah menyerang Kota
Mahligai dan mengalahkan Raja Abdullah. Walaubagaimanapun, angkatan
tentera Pattani berjaya mengalahkan dan menghalau tentera Siam. Tentera Pattani
terus mara mengalahkan Siam di Besut pula selepas itu.
Makam Raja Abdullah
No comments:
Post a Comment