Thursday, 29 March 2012

Biasiswa


Secangkir kopi...



Petang tadi berbual dengan kawan melalui talipon. Katanya dia nak melanjutkan pelajarannya ke New Zealand. Yang menjadi masalah sekarang ialah WANG..!

Tiada biasiswa dan tiada penajaan. Tawaran sudah ada, katanya tengah menunggu permohonan dari JPA dan MARA.

Aku termenung kerana setahu aku dia ni penentang kerajaan yang hebat. Tapi masih mengharapkan bantuan dari kerajaan lebih-lebih lagi MARA. hehehe!

Dulu katanya MARA banyak menyusahkan dan menyekat usahawan melayu yang ingin maju. huuu, sikit sebanyak aku setuju. Sukar nak dapat kan pinjaman perniagaan MARA. "kena ada orang politik yang kuat", ini petikan kata-kata pakcik aku.

Sekarang biasiswa amat susah... apatah lagi ada dua kaum lagi yang juga meroyan nak kan biasiswa walaupun mereka mampu berbelanja sendiri. Sepatutnya pelajar-pelajar miskin pendalaman yang cemerlang diutamakan. Mereka ini belajar tanpa buku-buku tambahan yang mahal, tiada kelas tambahan berbayar dan juga belajar dalam kondisi yang sukar... sekolah pendalaman, semua kurang. Berbanding dengan org bandar dan juga mereka yang kaya ... huhuhu..! boleh difikirkan...!

Apa salahnya jika kelulusan kurang sedikit pelajar "kampung"berbanding pelajar bandar dan KAYA yang mendapat cemerlang diberi biasiswa. Pertandingan sekarang tidak sihat... lebih-lebih lagi mangsanya ORANG MELAYU... siapa lagi yang tinggal di kampung majoritinya jika bukan Melayu!

Lagi satu ...aku heran bagaimana dua kaum itu boleh lulus cemerlang Bahasa Malaysia sedangkan bercakap pun salah, orang kata terbalik kuang...! adakah skima mereka berbeza? persoalan!!!!!!

No comments:

Post a Comment