Menarik hari ini... tak ada yang menarik sangat. Hari ini penuh dengan keboringan. Cuma belah petang tadi, terkejut dengan berita seorang kawan kepada kawan saya, suaminya kena tahan polis kerana kes dadah. Terkejut kerana satu rumah kena tahan, dengan anaknya dengan isteri dan sudah semestinya sang suami. Padahnya bila dadah disembunyikan dirumah. Persoalan kita, kenapa anak kecil berumur 6 bulan juga dibawa kebalai polis. Kenapa anak-anak yang masih bersekolah juga ditahan dilokap.
Bukan kah itu memberi impak yang negetif kepada anak-anak kecil yang tidak berdosa.
Dari pandangan saya bila kes ini berlaku, kanak-kanak tak perlu dibawa ke balai polis. Badan kebajikan masyarakat kan ada. Letakkan mereka disitu. Sibapak dah mengaku simpan dadah, apa kejadahnya nak tahan isteri dan anak-anak kat lokap... tak ada otak!

*sekadar gambar hiasan.
No comments:
Post a Comment