Raja
Loyor bin Raja Sakti
Raja Loyor adalah seorang daripada 4 putera Raja Sakti,
pemerintah di Jembal, Kelantan pada abad ke-17. Baginda adalah pemerintah kedua
kerajaan Jembal selepas kematian ayahanda baginda, Raja Sakti pada tahun 1649.
Sebelum itu, baginda dilantik sebagai Bendahara.
Raja Loyor adalah ayahanda kepada Puteri Saadong, puteri yang masyhur dalam sejarah Kelantan itu. Baginda dikatakan telah berkahwin dengan Puteri Nang Chayang, salah seorang raja perempuan Patani, dan memperoleh Puteri Saadong hasil daripada perkahwinan tersebut. Seorang lagi anak baginda mati kecil.
Baginda digantikan oleh adinda baginda Raja Bahar Bendahara. Baginda dimakamkan berhampiran dengan Sekolah Menengah Kedai Lalat sekarang, kira-kira 10 kilometer dari Kota Bharu
No comments:
Post a Comment