Lama tak masuk. Dah dekat setahun. Bukan apa, ada banyak yang berlaku akhir-akhir ini yang memerlukan tumpuan yang lebih. Paling penting, aku dah dapat kembali password untuk blog ini selepas kehilangan nya pada tahun lepas. Cari punya cari, jumpa e-mail yang jumlahnya aku ada lebih dari 20 alamat. Dimana aku jumpa:
Senarionya begini,
1. Kemas billik-sebab nak pindah rumah
2. Selongkar semua barang (taknak bawak barang yang tak berfaedah... buangla apa lagi...!)
3. Jumpa satu buku nota kecik.
4. Dalam nota kecik itu ada cebisan kertas kuning
5. Cebisan itu tertulis "Things To Do"...
6. Aku registered blog aku dulu ditempat kerja.
7. Mata aku bulat
8. Di bawah "Things To Do", tertulis.... @ymail.com
9. Passwordnya pulak tak ada yang ada hanya password e-mail.
10. Senang saja... tekan butang kat google, masuk blog, sign in, pas tu bisik kat dia .."saya tak boleh bukak, lupa password".
11. Dan link pun dihantar.
12. Ini post pertama aku selepas sekian lama.... !
Tip untuk semua:
- pastikan e-mail dan password anda disimpan dicebisan kertas dan kata laluan untuk blog atau laman sosial lain mestilah diletakkan atau ditampal kat LAPTOP anda....hahahaha! kalau anda lupa org lain boleh ingat!!!
Bye! jumpa lagi (kalau password tak ilang le!)
No comments:
Post a Comment