Tuesday, 11 June 2013

Majlis Graduasi... akupun dah melaluinya!


Nabi Muhammad pernah bersabda:
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.

Bermaksud :
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan)".


Sebelum pergi meronda melihat gambar-gambar kat bawah, ini ada satu pendapat yang mengatakan bahawa  jubah yang dipakai semasa majlis graduasi itu mengikut Islam. Menepati jubah yang dipakai oleh sahabat-sahabat nabi dan topi itu juga merupakan tempat Al Quran dijunjung semasa berjalan. Tak tahulah siapa yang meniru siapa. Semoga kita dijalanNya!!


Jubah Majlis Graduasi

  




Jubah Paderi

 





Gambar: Majlis graduasi bagi paderi yang telah layak berkhidmat.. Petikan sumber, the green.



Ini rasanya lebih baik...  cara islam

   


atau ini... cara Melayu Islam

  
hi..hi..hi.. siap ada harga lagi!

Tepuk dada sendiri... tanya hati!

Hitler Dan Islam


Hitler dalam satu ucapan (ketibaan tenteranya) di Moscow...menggunakan ini sebagai kalam pembuka  bicara. Dicadangkan oleh seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German, ayat Al-Quran :
(اقتربت الساعة وانشق القمر)

bermaksud :
Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah..


Selayar pandang kepada gambar-gambar tentera nazi dan Hitler ... untuk renungan dan kajian semula!













Petikan  dari Dinar emas.com

Melayu

Sampin & Songkok & Keris


Tahukah anda,“Melayu”itu apa ?
Melayu adalah 1 bangsa besar yang mempunyai rumpun-rumpun yang banyak lagi berselerak di segenap Nusantara.

Tahukah anda,“Nusantara”itu apa ?
“Nusantara”terdiri dari seluruh Filipina+Indonesia+Malaysia+Singapore+Brunei
“Nusantara”terdiri dari Selatan Thai + Myanmar + Vietnam + Kemboja + Laos
“Nusantara”memanjang dari Hawaii di Timur & hingga ke barat di pulauMadasgascar {pernah ada Sultan Melayu di sana}

Itulah bangsa Melayu, mereka 1 bangsa besar yang menguasai darat tetapi menjadi Raja di lautan. 

Tanpa bangsa Melayu, orang Portugal "tak mampu" keliling dunia melalui lautan...

DAN tanpa belas ehsan & rasa kasihan bangsa Melayu terhadap pendatang India & pendatang China, tak mungkin 2 bangsa asing ini diberi izin menjadi warganegara Nusantara melalui penempatan di TANAH MELAYU.

Saturday, 8 June 2013

Salam...

Lama tak masuk.  Dah dekat setahun. Bukan apa, ada banyak yang berlaku akhir-akhir ini yang memerlukan tumpuan yang lebih. Paling penting, aku dah dapat kembali password untuk blog ini selepas kehilangan nya pada tahun lepas. Cari punya cari, jumpa e-mail yang jumlahnya aku ada lebih dari 20 alamat. Dimana aku jumpa:
Senarionya begini,

1. Kemas billik-sebab nak pindah rumah
2. Selongkar semua barang (taknak bawak barang yang tak berfaedah... buangla apa lagi...!)
3. Jumpa satu buku nota kecik.
4. Dalam nota kecik itu ada cebisan kertas kuning
5. Cebisan itu tertulis "Things To Do"...
6. Aku registered blog aku dulu ditempat kerja.
7. Mata aku bulat
8. Di bawah "Things To Do", tertulis.... @ymail.com
9. Passwordnya pulak tak ada yang ada hanya password e-mail.
10. Senang saja... tekan butang kat google, masuk blog, sign in, pas tu bisik kat dia .."saya tak boleh bukak, lupa password".
11. Dan link pun dihantar.
12. Ini post pertama aku selepas sekian lama.... !



Tip untuk semua:

- pastikan e-mail dan password anda disimpan dicebisan kertas dan kata laluan untuk blog atau laman sosial lain mestilah diletakkan atau ditampal kat LAPTOP anda....hahahaha! kalau anda lupa org lain boleh ingat!!!

Bye! jumpa lagi (kalau password tak ilang le!)

Saturday, 14 April 2012

Emas di Kelantan

Berikut petikan tentang emas di Kelantan:


Bernama: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menandatangani surat pengeluaran pertama jongkong emas Kelantan ketika melawat kilang CNMC Goldmine Limited di Kampung Sokor. Turut sama Pengerusi Eksekutif CNMC Goldmine Limited Prof Lin Xiang Xiong dan Ketua Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan Mohd Sabri Abdullah.- budak kampong online

Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu.
Perlombongan emas di Malaysia hanya terhad di beberapa kawasan sahaja, ia dikenali sebagai Jalur Tengah yang terbentang dari kawasan tanah tinggi Batu Melintang, Jeli, Kelantan, sehingga Gunung Ledang di Johor. Lombong terbesar yang masih aktif di Malaysia adalah di Penjam,kuala lipis, ia mengeluarkan hampir 95% pengeluaran emas Malaysia. Tempat lain yang masih aktif adalah di Kuala Selinsing, Damar Reef dan Tersang di Pahang . Selain itu masih ada 5 lagi lombong di Jeli dan 6 lombong sekitar kawasan raub, kuala lipis di Pahang masih digali untuk aktiviti perlombongan komersial.- hargaemas.com


Thursday, 12 April 2012

Bunga Bangkawali... masa dan kepercayaan


Mak saya cakap bunga ni da penunggu. Kalau nak tengok dia kembang tunggu pukul 12 malam. Saya pernah menunggu pokok ini berkembang... tepat pukul 12 saya dah padam..hehehe ! Mak cakap tak ada rezeki, orang terpilih je boleh melihatnya. Tapi sekarang dah berlambak. Adakah kerana masa dan kemodenan penunggunya dah lari.......!
bawah ni petikan dari beberapa org tentang bunga Bakawali...

Nama saintifik nya Epiphyllum Anguliger. Nama lain bagi Bunga Bakawali ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon Cactus dan Queen Of TheNight.

Baunya memangsemerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam, dalam pukul 10.00pm kembang. Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunganya akan layu bila sudah pagi. Sekali sahaja ia kembang, kemudian ia akan layu.

Menurut kepercayaan orang-orangCina bahawa Pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranyaberbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniagadan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akanmendapat musibah atau suwey.

Orang-orang Melayu percaya adaorang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganyahendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa darikayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.

Adajuga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yangrapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punyapokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.

Walauapa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata. Namun rezeki,malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Janganterlalu percaya kepada perkara yang karut kerana ia boleh merosakkan akidah. lebih baik manfaatkan saja khasiat yang ada pada pokok ini.


-pantang kaum cina, kalau pompuan datang bulan, tak leh dekat ngan bunga nih
- org melayu lak, percaya, kat kelopak bunga tu ada pari2.. (org bunian la tu), kalau nak mintak sesuatu, sebelum bunga tu berkembang, , maksudnya, beberapa jam sbelum kembang tu, petal yg kuncup tu di ikat dan di asapi ngan kemenyan.. dan 'org bertuah' akan terdengar bunyi tangisan, mintak tolong lepaskan.. ha time ni la klu nak mintak tunai hajat ngan pari2 ni..<-- kkalau benda ni benar pun, tak hinggin aku nak buat la.. benda syirik...
mcm2 la stori pasal bunga ni waktu tu, aku yg tak penah tengok pun, terpaku ...


Bakawali ni rasanya pahit, disebut juga melati, digunakan sebagai ubat malaria dan penyakit kuning, dalam bahasa 'Arab disebut Sibrun maksudnya pahit; pepatah 'Arab ada mengatakan bahawa kesabaran itu pahit spt bakawali, pahit rasanya tetapi akibat/kesudahannya lebih manis daripada madu.

Begitulah ciptaan Allah semuanya tak sia2


Nilai Hidup

Perjalanan dari sebuah kampung yang mendamaikan. Dalam kemodenan yang melemaskan masih ada ruang untuk kita mencari kedamaian, mencari nilai dan asal usul kita. Mungkin dalam kesibukan kita mengejar dunia yang semakin cepat berlari ini kita sudah lupa pada kampung kita yang menggamit hati...

Sejuk mata memandang, saujana padi terbentang yang hijau dan juga kekuningan, mak tua berlenggang pulang... tiba-tiba hati jadi sayu !

Nilai sebuah kehidupan bukan sebenarnya pada harta yang bertimbun tapi pada hati yang ikhlas. Selagi hati kita gembira maka kita sebenarnya kaya. Selagi kita boleh tersenyum maka kita sebenarnya redha !


“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)