Raja
Abdullah bin Raja Bahar
Raja Abdullah bin Raja Bahar merupakan putera kepada Raja Bahar pemerintah Jembal. Baginda berkahwin
dengan Puteri Saadong, iaitu puteri Raja Loyor yang dipelihara oleh Cik Siti
Wan Kembang.
Selepas berkahwin dengan Puteri Saadong, baginda dilantik sebagai raja
Kota Mahligai dengan gelaran Sultan Abdullah.
Baginda mati ditikam oleh isterinya Puteri Saadong dengan pacak sanggul
kerana marahkan Sultan Abdullah yang berkahwin lain sepeninggalan Puteri Saadong
ke negeri Siam. Baginda dipercayai mangkat pada 1671 dan dimakamkan di kampung
Padang Halban., Melor, kira-kira 13 batu ke selatan Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment