Sultan
Umar bin Raja Sakti
Sultan Umar bin Raja Sakti adalah seorang daripada 4
orang putera Raja Sakti yang memerintah Jembal, Kelantan pada abad ke-17.
Baginda dilantik sebagai raja Jembal selepas kemangkatan kekandanya Raja
Bahar pada 1675. Pada tahun itulah baginda mulaï dikenal sebagai Sultan Umar.
Sebelum itu, baginda dilantik menjadi Temenggung oleh ayahanda baginda, Raja
Sakti I.
Kerajaan Jembal kembali masyhur di bawah pemerintahan baginda. Baginda
memerintah seluruh Negeri Kelantan.Semasa pemerintahan baginda, banyak kemajuan
telah dicapai. Antara kemajuan yang telah dibuat oleh baginda termasuklah
membuka kawasan tanaman padi yang luas dinamakan Padang Jembal, yang terletak
di kawasan Bachok.Baginda mengadakan lawatan ke seluruh kawasan dan jajahan
takluk Kelantan. Baginda juga telah mengadakan perhubungan dengan
kerajaan-kerajaan luar seperti Kerajaan Pattani, China, Jawa dan negeri-negeri
jiran seperti Terengganu.
Keluarga
Baginda mempunyaï lima orang anak iaitu:-
- Raja Kecil Sulung
- Raja Hudang (Raja Ngah)
- Raja Nah
- Raja Sakti II
- Raja Pah.
Mangkat
Baginda meninggal pada 1721 dan digantikan oleh menantu baginda Tuan
Besar Long Bahar dari Patani atas kehendak putera sulung baginda, Raja Kecil
Sulung. Baginda dimakamkan di Kedai Lalat, Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment